Thursday, May 2, 2013

Politics in my view.

Assalamualaikum :)

Politik ? nak dekat2 PRU13 ni macam2 karenah wujud. fitnah dan pendustaan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. pung pang pung pang sana sini bawak cite. Since zaman dah maju ni, makin mudah la nak menyebarkannya. klik je share, sume orang boleh baca. tweet je apa yg ada di dada. bakal ada yang RT jika menarik perhatian. macam2.

Aku bukan lah yg pandai politik. Tapi nak ambil tahu tentang politik dan kaut juga ilmu pasal politik. Sebab? Let's read this quotes:

Orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak, tak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli dengan kos sara hidup, harga bijirin, harga tepung, harga sewaan, kos perubatan, sedangkan semuanya bergantung kepada keputusan politik.Dia syok sendiri dengan sikapnya yang tidak ambil peduli soal politik dan dengan megah mengatakan dia benci politik. Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, masalah jenayah yang berleluasa dan perkara yang paling teruk adalah ianya menyumbang kepada korupsi di dalam kerajaan dan eksploitasi daripada badan-badan korporat,”― Bertolt Brecht (Penyair German)
anda sanggup ? banyak antara rakyat Malaysia yang tak ambil tahu pun pasal politik ni. malas lah, bosan la, merepek la. no, its not ! reading and make some research on Malaysia's politics will give you some overview on what is goin on in Malaysia. what do you think bout malaysia's condition now? hmm hmmm .
dalam mencari kebenaran politik malaysia ni, antara perkara yang aku belajar ialah definisi kerajaan.
ramai yang salah anggap bahawa kerajaan itu ialah BN. bukan. salah. kerajaan ialah pentadbir. tak kira lah parti mana yang memerintah. dapat dicontohkan dengan BN & PR. jikalau PR yg memerintah selangor, maka PR lah kerajaan dan BN adalah pembangkang ! dan jugak sebaliknya. nampak ? Masih ramai yang buta akan kenyataan ini. 
jangan cakap Universiti dan sekolah itu kerajaan yg punya. itu TANGGUNGJAWAB kerajaan yg memerintah. memang bertanggungjawab pemerintah membina kemudahan dalam kawasan yg mereka perintah. kalau dah dah lama kena guling. betul ?
Yang kedua ialah tentang bersyukur.
ada je yg akan cakap "bersyukur lah kerajaan dah bagi macam2." ya, kita bersyukur. tapi rezeki tu datang dari mana ? Allah. bukan BN bukan PR. kufur nikmat namanya tu. bahay betul bila buat kenyataan macam tu. wait ! dulu aku pernah cakap macam tu. nauzubillah. Alhandulillah banyak org dah terangkan pada aku, baca artikel2, cerah sikit mata ni haa. dah tak buta macam dulu.

Yang ketiga, belajar fikir mana betul mana salah.
Media massa sekarang ni banyak putar belit fakta. takut dengan pemerintah. ya Allah. Tak sedar ke diorang yg menyebarkan fitnah tu dosa besar ? mereka takut dengan pemerintah berbanding takut dengan azab Allah Taala ! betapa kita ni memang umat akhir zaman T_T semoga kita sentiasa dilindungi Allah ! aamiin~~
masih banyak lagi yang perlu kita belajar pasal politik. jangan jadi NOOB. jangan belajar tinggi2 tapi hakikatnya 'bodoh'. buka mata jangan dibutakan. pasang telinga ! ini negara kita !
last but not least,
prinsip aku, kalau nak selamatkan bangsa dan kuasa jangan sampai menggadai agama !
wallahualam :']

p/s: belum boleh mengundi. tidak ke arah mana2 kepartian. harap maklum.

No comments:

Post a Comment