Tuesday, October 27, 2015

Penting ke tak pointer ni sebenarnya?


Assalamualaikum wbt & hello semua !


Mesti ramai yang baca post2 pasal pointer ni kat media sosial kan?

Ada yang kata tak penting, ada yang kata penting.

Penting ke tak penting sebenarnya pointer ni? 

Bagi aku pointer tu PENTING

Bila mula kau masuk matrikulasi mahupun universiti, aim betul2. jaga pointer kau elok2. Apa makna jaga? Maknanya kenalah belajar betul2. tak kisahlah kau nak belajar kerana apa pun. Adalah lebih baik kalau belajar lillahi ta'ala sebab bila kau belajar kerana Allah, kau akan buat yang terbaik :)

Sebelum tu aku kenalah bagitau, sebab aku belajar sangatlah main2 maka pointer aku atas 3.00 tapi tak sampai 3.50, tengah2 pun tidak. Sekian untuk makluman T_T

Nak kena berapa pointer ni? 

Dapatkan pointer atas 3.00 dan maintain. Kalau boleh 3.50 laaaaagi bagus.

Kenapa aku cakap penting? Ni hujah aku:

1) Kos lelong 

Pernah dengar kan istilah ni? kos lelong maknanya kau dapat kos yang bukan kau nak/pilih atau bukan kos utama yang kau nak. Ni khas untuk student matrikulasi dan juga asasi. Sebagaimana yang kita tahu, setiap universiti dah tentukan berapa pointer layak masuk. Akan tetapi kita tak tahu macam mana 'mereka' nilai kita dan letakkan kita kat universiti2 yang ada kat Malaysia ni, sama ada kita dapat kos pilihan kita ataupun tak. 

So, to be safe, you'll definitely must have a very good pointer since you guys are now way too brilliant and have a lots of rivals. Kalau pointer power, confirm dapat universiti and course yang kita nak ! Atau sebaliknya engkorang tau, pergilah ke kos yang diberi. 

p/s: Ni aku nak pesan siap2,  kos lelong is not a bad thing ye ! Allah knows what's best for us !



2) Biasiswa/pinjaman boleh ubah 

Nak dapatkan apa2 biasiswa pun kena atas 3.50 (kebanyakan biasiswa). Tu pun belum tentu dapat. Masa zaman aku nak sambung belajar degree, yang 3.70 ke atas baru dapat JPA. aku yang cukup2 makan atas 3.50 pun tak dapat. Kalau ada yang tolak, pointer bawah sikit dari 3.70 lah yang dapat. (Menyesal)

Lepastu masuk u belajar main2 tak dapat jugak 3.50. Nak sambung master tak banyak biasiswa yang offer. Kalau ada pun dia tengok result masa undergraduate. Result degree aku mana sampai 3.50. Makanya, aku tak layak nak dapatkan biasiswa tu. Pinjamlah engkau PTPTN hahahahaha (Menyesal lagi) 


3) Job interview 

Kebanyakkan benda pertama yang majikan akan tengok dalam CV/resume kita ialah pointer kita. Tak dinafikan ada je majikan yang tak tengok pointer & tengok lebih kepada penglibatan kita. Tapi macam aku cakap tadi, KEBANYAKKAN majikan akan jadikan pointer sebagai saringan pertama pemilihan calon untuk ditemuduga. Biasanya bench mark company 3.00. 

p/s: Kau jangan nak bahagia sangat bila senior korang cakap "alaa, diorang tak tengok pointer sangat pun". Memang la benda tu betul. tapi tu lepas kau dapat keje. Masa tu memang orang dah tak heran dah.

(Yes, rezeki Allah yang bagi. Tapi kita kena usaha jugak! Doa!)


Tu sahaja hujah yang aku dapat bagi dan huraikan. Ni je rasanya yang terpenting bagi aku. Apa yang aku tulis semua ni atas pemerhatian dan pengalaman sendiri. If i could turned back time, i'll study hard and aim for the medal. Unluckily, its all in my past. Well, life must go on right? That's why i wrote this so that you wont do the same mistakes.

Serious talk dear sisters and brothers, please do well in your study. Tak kisahlah kau nak kerja atau sambung belajar lepasni, tolong buat betul2. Kepada yang jatuh tu, bangun semula! Jangan putus asa! Let's strive for excellence !

Thanks for reading!