Tuesday, February 2, 2016

Penawar Dalam Kehidupan


Bismillah.

Untuk pengetahuan, entri kali ni aku amek point yang aku dapat dari video ceramah Ustaz Hafizal al-Jaraqi dalam facebook page ZonKuliah. Kalau ada yang nak tegok video nya boleh la cari tajuk Penawar Dalam Kehidupan pada tarikh 28 Januari 2016.

p/s: aku huraikan jugak sedikit sebanyak untuk pemahaman dan peringatan bersama :)

1) Zikir yang berat timbangannya yang diberitahu oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada isteri Baginda iaitu Juwairiah. Cite dia aku ringkaskan sikit. Masa Nabi habis solat, isteri baginda, Juwairiah masih di tikar sejadah duduk berzikir. Masa nabi pulang ke rumah pun Juwairiah masih lagi berzikir. Pastu Nabi s.a.w cakap 'mahukah engkau aku ajarkan zikir yang berat timbangannya?':

Subhanallahi wabihamdihi, A'dada khalqih, wa ridaa nafsih, wa zinata a'rsyih, wa midada kalimatih

baca zikir ni seusai solat 3x. insyaAllah, berat pahala kita dapat :D BTW, zikir ni ada dalam bacaan ma'thurat yang dibaca pagi dan petang tu :)

2) Selalu orang cari kekayan dunia (wang dan harta benda) tapi lupa nak cari harta akhirat. Mencari harta dunia tu membuatkan kita rasa penat. Zikir ni lebih baik daripada mempunyai khadam (pembantu rumah). Sebelum tidur, amalkan Subhanallah 33x, Alhamdulilah 33x, dan Allahu Akhbar 34x.

3) Tahukah anda, kalau ayam jantan berkokok tandanya ayam nampak malaikat. Maka kita disarankan berdoa minta kurnia daripada Allah s.w.t. Biasanya ayam berkokok pada waktu pagi kan? Waktu pagi tu kan Allah turunkan rezeki kepada hamba-Nya. Sebab tu kita tak disarankan tidur selepas subuh :)

4) Apabila mendengar keldai berbunyi, maka ketahuilah anda bahawa keldai sedang melihat syitan. Mintalah perlindungan daripada Allah Taala dengan mengucapkan A'uzubillahi minasyaitaanirrajiim.

5) Dan ketahuilah ketika anda ditimpa masalah, ia adalah disebabkan dosa anda sendiri. Kebanyakkan orang cepat2 nak selesaikan masalah (eg: kalau berhutang - bayar hutang). Padahal apabila ditimpa masalah, istighfarlah banyak2, solat taubat dan muhasabah diri. Jangan disalahkan orang lain pulak :) dan jangan lupa, Allah tak letak kita pada suatu tempat kalau kita tak mampu ^_^


Sekadar hiasan :p (credit: Ikbal Ismail, 2015)