Monday, July 18, 2016

Resepi nasi goreng simple 10 minit siap!

Bismillah

Memandangkan aku stay hostel sorang2, ada motor je, arked favorite tutup and malas nak keluar, so aku google la resepi nasi goreng simple yang aku agak2 aku boleh buat dengan bahan yang ada. Semalam aku dah beli sikit barang2 masak sikit. So konon2 la nak masak. hahahha. 

Jadinya aku jumpa resepi yang paling simple dengan bahan yang paling mudah aku boleh buat from blog Hanee Wardrobe . Tapi resepi asal Hanee aku ubah sikit ikut tekak n selera sendiri. Lagipun takde udang nak campak. and i put no sayur cuz i dont like sayur in my nasi goreng T_T

Seriously, resepi ni budak sekolah pun boleh buat taw!. (Hanee kita copy sikit :p)


Bahan-bahan untuk 1 ke 2 orang makan:

1. 2 mangkuk nasi putih 
2. 1/2 kiub ayam - (aku guna kiub pati ayam maggi)
3. garam
4. 2 batang sosej (potong tipis2)
5. 1 biji bawang merah - hiris
6. 2 ulas bawang putih -hiris
7. 5 batang cili padi - hiris (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
8. sedikit minyak


Cara masak:

1. Panaskan kuali, buh dalam 2 sudu minyak (jgn bnyk sgt ye minyaknye) tumis bawang merah dengan bawang putih sekali dengan sosej & cili padi. Aku tumis cili padi sebab nak pedas tu meresap dan umphh sikit! :p

2. lepas bahan tumis tadi dah garing, masukkan kiub pati ayam (hancurkan) dan garam sesedap rasa. Gaul sampai rata.

3. Masukkan nasi putih pastu gaul lagi sampai rata.

4. Siap! Hidang dan makan panas2 la baru sedap. hehe :p

lagi senang kan untuk orang tak makan sayur? hahahaha

Okay some more tips i'll give you. can do this for maggi goreng & nasi goreng too.

Kalau nak letak telur, goreng dulu telur tu buat scrambble egg. 
Nanti lepas masukkan nasi, masukkan pulak scramble egg tadi. kacau sampai rata.

Siap! :p

Tadaaaa! My tak seberapa nasi goreng :p

Selamat mencuba! :D

p/s: Entry tudung tengah malas nak taip. maap deh. hehehe :p

Monday, July 11, 2016

Jenis-jenis tudung seorang perempuan. Part I - Tudung Bawal: A basic knowledge for a man

Part I - Tudung Bawal

Bismillah.

Tujuan aku buat entry ni adalah kerana kawan aku yang berjantina lelaki selaluuuu tanya aku pasal tudung. dan everytime mereka tanya aku kena terangkan satu2. 

so ni aku tulis sebagai panduan kepada lelaki yang nak tau pasal ilmu ke-tudung-an. hehehe. jenis tudung adalah tertakluk kepada masa entry ini ditulis. akan datang ada la pattern baru jenama baru kain baru jenis baru. Dunia fesyen sentiasa berkembang :)

Alright. Basically tudung ada 3 kategori. 

  1. tudung bawal
  2. tudung sarung
  3. shawl

dan setiap kategori tudung tu ada lagi jenis anak2 dia ikut jenis kain, bentuk dan corak etc. haa gitteww. (Dah start pening ke teww? HAHAHAHA)

TUDUNG BAWAL

Tudung bawal ada saiz k. Dia guna istilah bidang. Ada bidang 45, 55 dan 60. (setakat aku tau la). Bidang 60 tu tudung labuh. Yang paling normal perempuan macam aku pakai guna bidang 45.

Tudung bawal ada macam2 jenis ikut jenis kain. 

1 - Material: cotton

-bawal plain (eg: bawal kangaroo, bawal rama2), 
-bawal sulam (kain plain bersulam dan berbatu2)
-bawal 2-tone
-bawal 3-tone
-bawal printed (eg: Adijuma)

Bawal plain jenama kangaroo. Tengok warna tu. Tu baru sejenis tudung :p

2 - Material: crepe (atau dikenali sebagai cotton crepe)

-bawal crepe (kain plain. eg: bawal crepe zarazuri),

Selonggok bawal crepe

3 - Material: satin

-bawal satin (kain plain/bercorak jenis shiny satin or dull satin),  
-bawal printed (kain bercorak), 


bawal satin yuhanis. trending sebab mia ahmad yang pakai :p

4 - Material: saree

-bawal saree (kain bercorak macam saree la ;p),


Bawal saree lawaaaaa ^_^

5 - Material: chiffon

-bawal plain chiffon (eg: tudungruffle by nononess)
-bawal printed chiffon

Owner TudungRuffle jadi model :)

p/s: kalau aku letak eg tu semua adalah jenama n ada tag kat tudung. 

tapi kalau takde tag pun orang panggil spesis tudung ikut jenama tudung. hiks. 


1) bawal plain chiffon 2) bawal adijuma 3) bawal satin yuhanis
4) bawal saree 5) bawal tri-tone 6) bawal sulam

Kepada kaum adam yang nak belikan kaum hawa hadiah, aku ada few tips nak share.

1) kena tau dia selalu pakai tudung jenis apa & kain macam mana.
2) kena tau warna yang dia suka. (pmpuan ni kalau tak suka dia pakai sekali je lepastu tak pakai dahT_T)
3) JANGAN MALU NAK TANYA KAT ORG KEDAI. diorang mesti tolong punya.
4) jangan lupa tanya kat member pmpuan kerana mereka pakar. hahahaha.
5) survey la bro. jangan main serbu tak pakai helmet. again. tanya perempuan sbb perempuan tau harga pasaran. 

Okay done with tudung bawal. Nanti kalau aku rajin aku update setiap satu jenis tudung dengan gambar.

Ni dah penat menaip. Kita sambung part II dalam next entry under tajuk tudung sarung, part III - shawl :p

Adios!