Monday, July 18, 2016

Resepi nasi goreng simple 10 minit siap!

Bismillah

Memandangkan aku stay hostel sorang2, ada motor je, arked favorite tutup and malas nak keluar, so aku google la resepi nasi goreng simple yang aku agak2 aku boleh buat dengan bahan yang ada. Semalam aku dah beli sikit barang2 masak sikit. So konon2 la nak masak. hahahha. 

Jadinya aku jumpa resepi yang paling simple dengan bahan yang paling mudah aku boleh buat from blog Hanee Wardrobe . Tapi resepi asal Hanee aku ubah sikit ikut tekak n selera sendiri. Lagipun takde udang nak campak. and i put no sayur cuz i dont like sayur in my nasi goreng T_T

Seriously, resepi ni budak sekolah pun boleh buat taw!. (Hanee kita copy sikit :p)


Bahan-bahan untuk 1 ke 2 orang makan:

1. 2 mangkuk nasi putih 
2. 1/2 kiub ayam - (aku guna kiub pati ayam maggi)
3. garam
4. 2 batang sosej (potong tipis2)
5. 1 biji bawang merah - hiris
6. 2 ulas bawang putih -hiris
7. 5 batang cili padi - hiris (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
8. sedikit minyak


Cara masak:

1. Panaskan kuali, buh dalam 2 sudu minyak (jgn bnyk sgt ye minyaknye) tumis bawang merah dengan bawang putih sekali dengan sosej & cili padi. Aku tumis cili padi sebab nak pedas tu meresap dan umphh sikit! :p

2. lepas bahan tumis tadi dah garing, masukkan kiub pati ayam (hancurkan) dan garam sesedap rasa. Gaul sampai rata.

3. Masukkan nasi putih pastu gaul lagi sampai rata.

4. Siap! Hidang dan makan panas2 la baru sedap. hehe :p

lagi senang kan untuk orang tak makan sayur? hahahaha

Okay some more tips i'll give you. can do this for maggi goreng & nasi goreng too.

Kalau nak letak telur, goreng dulu telur tu buat scrambble egg. 
Nanti lepas masukkan nasi, masukkan pulak scramble egg tadi. kacau sampai rata.

Siap! :p

Tadaaaa! My tak seberapa nasi goreng :p

Selamat mencuba! :D

p/s: Entry tudung tengah malas nak taip. maap deh. hehehe :p

No comments:

Post a Comment