Tuesday, March 25, 2014

Pray For Them

dua berita sedih.

dua berita gempar.

dua cerita yang sama. cerita tentang kematian.

Allah.

Apakah yang sedang Allah ingin tunjukkan kepada hambaNya dimuka bumi ini?

semalam (24/3/2014) PM Malaysia umumkan MH370 ended at Indian Ocean.

menonton PC dengan penuh debaran. setelah berbelas hari menanti, itukah jawapannya? i still can't believe this. tak mampu nak digest berita ni. 

selagi tak jumpa bangkai kapal terbang, selagi takde bukti, selagi tak terungkap misteri, aku susah nak percaya. 

apa2 pun, kepada keluarga yang terlibat, takziah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. :(

#PrayForMH370

semalam jugak berita tentang 529 pengikut dan pendukung Ikhwanul Muslimin bakal dihukum gantung.

Ya Allah.

kejam sungguh Al-sisi. kejam. sekejam firaun mungkin. atau lebih kejamkah daripada firaun?

apakah yang sebenarnya hendak ditunjukkan laknatullah itu kepada dunia? kuasa?

tidaklah beliau dan penganiaya umat Islam di dunia Timur Tengah tahu bahawa kekuasan mereka membawa mereka kepada kemurkaan Allah.

Surat dari Dr Muhammad Badie' dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau : 
"Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya.


Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut- pengikutnya"
Dr Muhammad Badie'
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

Tahniah buat OIC kerana masih berdiam diri. tidak mampu membantu umat Islam yang sedang dianiayai.

tahniah kepada diri sendiri kerana tidak mampu nak tolong saudara sesama Islam di Mesir sana.

berdoakah anda untuk saudara se-Islam kita? (sibuk doa jodoh dan jodoh dan jodoh)

T___________T

please, Malaysian, please ummah, #PrayForIM529

semoga Allah lindungi umat Islam di sana T_T

No comments:

Post a Comment