Assalamualaikum :)
semoga jadi amalan !
I know you like a nice joke....so lets play a game!!If you play and lose, be sportive and fair.You are sleeping. At 7 in the morning you hear the door bell....Unexpected guests. Your friends came over to have breakfast. You have strawberry, honey, nutella and cheese. What do you open first?If your answer is wrong, you have to change your facebook profile pic in to Mr. Bean within and for the next 24hrs. Deal?
Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan egoisme, bererti adanya sikap menyalahkan orang yang dibenci. menyalahkan orang lain juga bermaksud membenarkan sikap dan tindakan sendiri sedangkan sikap itu sudah sejak awal dituntut iblis ketika penciptaan Nabi Adam as. kisah ini memberikan gambaran bahawa perasaan benci bukan mengakibatkan fitnah dan permusuhan sahaja bahkan penyakit batin yang boleh membunuh maruah seseorang Mukmin yang mendambakan keredhaan Illahi.
Sikap paling bijaksana ialah selalu berusaha menilai diri sendiri, sekaligus menjadi pemaaf. itulah yang dilakukan oleh Nabi sepanjang perjalanan hidupnya kerana baginda adalah qudwah hasanah (contoh yang terbaik) kepada setiap Mukmin. fikir-fikirkan dan selamat beramal.
keputusan #PRU13 kali ini sama ada Allah ingin memberikan lagi ujian atau Allah nak tunjukkan kebenaran. wallahualam. kuasa Dia :) - Raja Afiqah
Orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak, tak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli dengan kos sara hidup, harga bijirin, harga tepung, harga sewaan, kos perubatan, sedangkan semuanya bergantung kepada keputusan politik.Dia syok sendiri dengan sikapnya yang tidak ambil peduli soal politik dan dengan megah mengatakan dia benci politik. Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, masalah jenayah yang berleluasa dan perkara yang paling teruk adalah ianya menyumbang kepada korupsi di dalam kerajaan dan eksploitasi daripada badan-badan korporat,”― Bertolt Brecht (Penyair German)