Monday, July 18, 2016

Resepi nasi goreng simple 10 minit siap!

Bismillah

Memandangkan aku stay hostel sorang2, ada motor je, arked favorite tutup and malas nak keluar, so aku google la resepi nasi goreng simple yang aku agak2 aku boleh buat dengan bahan yang ada. Semalam aku dah beli sikit barang2 masak sikit. So konon2 la nak masak. hahahha. 

Jadinya aku jumpa resepi yang paling simple dengan bahan yang paling mudah aku boleh buat from blog Hanee Wardrobe . Tapi resepi asal Hanee aku ubah sikit ikut tekak n selera sendiri. Lagipun takde udang nak campak. and i put no sayur cuz i dont like sayur in my nasi goreng T_T

Seriously, resepi ni budak sekolah pun boleh buat taw!. (Hanee kita copy sikit :p)


Bahan-bahan untuk 1 ke 2 orang makan:

1. 2 mangkuk nasi putih 
2. 1/2 kiub ayam - (aku guna kiub pati ayam maggi)
3. garam
4. 2 batang sosej (potong tipis2)
5. 1 biji bawang merah - hiris
6. 2 ulas bawang putih -hiris
7. 5 batang cili padi - hiris (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
8. sedikit minyak


Cara masak:

1. Panaskan kuali, buh dalam 2 sudu minyak (jgn bnyk sgt ye minyaknye) tumis bawang merah dengan bawang putih sekali dengan sosej & cili padi. Aku tumis cili padi sebab nak pedas tu meresap dan umphh sikit! :p

2. lepas bahan tumis tadi dah garing, masukkan kiub pati ayam (hancurkan) dan garam sesedap rasa. Gaul sampai rata.

3. Masukkan nasi putih pastu gaul lagi sampai rata.

4. Siap! Hidang dan makan panas2 la baru sedap. hehe :p

lagi senang kan untuk orang tak makan sayur? hahahaha

Okay some more tips i'll give you. can do this for maggi goreng & nasi goreng too.

Kalau nak letak telur, goreng dulu telur tu buat scrambble egg. 
Nanti lepas masukkan nasi, masukkan pulak scramble egg tadi. kacau sampai rata.

Siap! :p

Tadaaaa! My tak seberapa nasi goreng :p

Selamat mencuba! :D

p/s: Entry tudung tengah malas nak taip. maap deh. hehehe :p

Monday, July 11, 2016

Jenis-jenis tudung seorang perempuan. Part I - Tudung Bawal: A basic knowledge for a man

Part I - Tudung Bawal

Bismillah.

Tujuan aku buat entry ni adalah kerana kawan aku yang berjantina lelaki selaluuuu tanya aku pasal tudung. dan everytime mereka tanya aku kena terangkan satu2. 

so ni aku tulis sebagai panduan kepada lelaki yang nak tau pasal ilmu ke-tudung-an. hehehe. jenis tudung adalah tertakluk kepada masa entry ini ditulis. akan datang ada la pattern baru jenama baru kain baru jenis baru. Dunia fesyen sentiasa berkembang :)

Alright. Basically tudung ada 3 kategori. 

  1. tudung bawal
  2. tudung sarung
  3. shawl

dan setiap kategori tudung tu ada lagi jenis anak2 dia ikut jenis kain, bentuk dan corak etc. haa gitteww. (Dah start pening ke teww? HAHAHAHA)

TUDUNG BAWAL

Tudung bawal ada saiz k. Dia guna istilah bidang. Ada bidang 45, 55 dan 60. (setakat aku tau la). Bidang 60 tu tudung labuh. Yang paling normal perempuan macam aku pakai guna bidang 45.

Tudung bawal ada macam2 jenis ikut jenis kain. 

1 - Material: cotton

-bawal plain (eg: bawal kangaroo, bawal rama2), 
-bawal sulam (kain plain bersulam dan berbatu2)
-bawal 2-tone
-bawal 3-tone
-bawal printed (eg: Adijuma)

Bawal plain jenama kangaroo. Tengok warna tu. Tu baru sejenis tudung :p

2 - Material: crepe (atau dikenali sebagai cotton crepe)

-bawal crepe (kain plain. eg: bawal crepe zarazuri),

Selonggok bawal crepe

3 - Material: satin

-bawal satin (kain plain/bercorak jenis shiny satin or dull satin),  
-bawal printed (kain bercorak), 


bawal satin yuhanis. trending sebab mia ahmad yang pakai :p

4 - Material: saree

-bawal saree (kain bercorak macam saree la ;p),


Bawal saree lawaaaaa ^_^

5 - Material: chiffon

-bawal plain chiffon (eg: tudungruffle by nononess)
-bawal printed chiffon

Owner TudungRuffle jadi model :)

p/s: kalau aku letak eg tu semua adalah jenama n ada tag kat tudung. 

tapi kalau takde tag pun orang panggil spesis tudung ikut jenama tudung. hiks. 


1) bawal plain chiffon 2) bawal adijuma 3) bawal satin yuhanis
4) bawal saree 5) bawal tri-tone 6) bawal sulam

Kepada kaum adam yang nak belikan kaum hawa hadiah, aku ada few tips nak share.

1) kena tau dia selalu pakai tudung jenis apa & kain macam mana.
2) kena tau warna yang dia suka. (pmpuan ni kalau tak suka dia pakai sekali je lepastu tak pakai dahT_T)
3) JANGAN MALU NAK TANYA KAT ORG KEDAI. diorang mesti tolong punya.
4) jangan lupa tanya kat member pmpuan kerana mereka pakar. hahahaha.
5) survey la bro. jangan main serbu tak pakai helmet. again. tanya perempuan sbb perempuan tau harga pasaran. 

Okay done with tudung bawal. Nanti kalau aku rajin aku update setiap satu jenis tudung dengan gambar.

Ni dah penat menaip. Kita sambung part II dalam next entry under tajuk tudung sarung, part III - shawl :p

Adios!

Tuesday, February 2, 2016

Penawar Dalam Kehidupan


Bismillah.

Untuk pengetahuan, entri kali ni aku amek point yang aku dapat dari video ceramah Ustaz Hafizal al-Jaraqi dalam facebook page ZonKuliah. Kalau ada yang nak tegok video nya boleh la cari tajuk Penawar Dalam Kehidupan pada tarikh 28 Januari 2016.

p/s: aku huraikan jugak sedikit sebanyak untuk pemahaman dan peringatan bersama :)

1) Zikir yang berat timbangannya yang diberitahu oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada isteri Baginda iaitu Juwairiah. Cite dia aku ringkaskan sikit. Masa Nabi habis solat, isteri baginda, Juwairiah masih di tikar sejadah duduk berzikir. Masa nabi pulang ke rumah pun Juwairiah masih lagi berzikir. Pastu Nabi s.a.w cakap 'mahukah engkau aku ajarkan zikir yang berat timbangannya?':

Subhanallahi wabihamdihi, A'dada khalqih, wa ridaa nafsih, wa zinata a'rsyih, wa midada kalimatih

baca zikir ni seusai solat 3x. insyaAllah, berat pahala kita dapat :D BTW, zikir ni ada dalam bacaan ma'thurat yang dibaca pagi dan petang tu :)

2) Selalu orang cari kekayan dunia (wang dan harta benda) tapi lupa nak cari harta akhirat. Mencari harta dunia tu membuatkan kita rasa penat. Zikir ni lebih baik daripada mempunyai khadam (pembantu rumah). Sebelum tidur, amalkan Subhanallah 33x, Alhamdulilah 33x, dan Allahu Akhbar 34x.

3) Tahukah anda, kalau ayam jantan berkokok tandanya ayam nampak malaikat. Maka kita disarankan berdoa minta kurnia daripada Allah s.w.t. Biasanya ayam berkokok pada waktu pagi kan? Waktu pagi tu kan Allah turunkan rezeki kepada hamba-Nya. Sebab tu kita tak disarankan tidur selepas subuh :)

4) Apabila mendengar keldai berbunyi, maka ketahuilah anda bahawa keldai sedang melihat syitan. Mintalah perlindungan daripada Allah Taala dengan mengucapkan A'uzubillahi minasyaitaanirrajiim.

5) Dan ketahuilah ketika anda ditimpa masalah, ia adalah disebabkan dosa anda sendiri. Kebanyakkan orang cepat2 nak selesaikan masalah (eg: kalau berhutang - bayar hutang). Padahal apabila ditimpa masalah, istighfarlah banyak2, solat taubat dan muhasabah diri. Jangan disalahkan orang lain pulak :) dan jangan lupa, Allah tak letak kita pada suatu tempat kalau kita tak mampu ^_^


Sekadar hiasan :p (credit: Ikbal Ismail, 2015)





Tuesday, October 27, 2015

Penting ke tak pointer ni sebenarnya?


Assalamualaikum wbt & hello semua !


Mesti ramai yang baca post2 pasal pointer ni kat media sosial kan?

Ada yang kata tak penting, ada yang kata penting.

Penting ke tak penting sebenarnya pointer ni? 

Bagi aku pointer tu PENTING

Bila mula kau masuk matrikulasi mahupun universiti, aim betul2. jaga pointer kau elok2. Apa makna jaga? Maknanya kenalah belajar betul2. tak kisahlah kau nak belajar kerana apa pun. Adalah lebih baik kalau belajar lillahi ta'ala sebab bila kau belajar kerana Allah, kau akan buat yang terbaik :)

Sebelum tu aku kenalah bagitau, sebab aku belajar sangatlah main2 maka pointer aku atas 3.00 tapi tak sampai 3.50, tengah2 pun tidak. Sekian untuk makluman T_T

Nak kena berapa pointer ni? 

Dapatkan pointer atas 3.00 dan maintain. Kalau boleh 3.50 laaaaagi bagus.

Kenapa aku cakap penting? Ni hujah aku:

1) Kos lelong 

Pernah dengar kan istilah ni? kos lelong maknanya kau dapat kos yang bukan kau nak/pilih atau bukan kos utama yang kau nak. Ni khas untuk student matrikulasi dan juga asasi. Sebagaimana yang kita tahu, setiap universiti dah tentukan berapa pointer layak masuk. Akan tetapi kita tak tahu macam mana 'mereka' nilai kita dan letakkan kita kat universiti2 yang ada kat Malaysia ni, sama ada kita dapat kos pilihan kita ataupun tak. 

So, to be safe, you'll definitely must have a very good pointer since you guys are now way too brilliant and have a lots of rivals. Kalau pointer power, confirm dapat universiti and course yang kita nak ! Atau sebaliknya engkorang tau, pergilah ke kos yang diberi. 

p/s: Ni aku nak pesan siap2,  kos lelong is not a bad thing ye ! Allah knows what's best for us !



2) Biasiswa/pinjaman boleh ubah 

Nak dapatkan apa2 biasiswa pun kena atas 3.50 (kebanyakan biasiswa). Tu pun belum tentu dapat. Masa zaman aku nak sambung belajar degree, yang 3.70 ke atas baru dapat JPA. aku yang cukup2 makan atas 3.50 pun tak dapat. Kalau ada yang tolak, pointer bawah sikit dari 3.70 lah yang dapat. (Menyesal)

Lepastu masuk u belajar main2 tak dapat jugak 3.50. Nak sambung master tak banyak biasiswa yang offer. Kalau ada pun dia tengok result masa undergraduate. Result degree aku mana sampai 3.50. Makanya, aku tak layak nak dapatkan biasiswa tu. Pinjamlah engkau PTPTN hahahahaha (Menyesal lagi) 


3) Job interview 

Kebanyakkan benda pertama yang majikan akan tengok dalam CV/resume kita ialah pointer kita. Tak dinafikan ada je majikan yang tak tengok pointer & tengok lebih kepada penglibatan kita. Tapi macam aku cakap tadi, KEBANYAKKAN majikan akan jadikan pointer sebagai saringan pertama pemilihan calon untuk ditemuduga. Biasanya bench mark company 3.00. 

p/s: Kau jangan nak bahagia sangat bila senior korang cakap "alaa, diorang tak tengok pointer sangat pun". Memang la benda tu betul. tapi tu lepas kau dapat keje. Masa tu memang orang dah tak heran dah.

(Yes, rezeki Allah yang bagi. Tapi kita kena usaha jugak! Doa!)


Tu sahaja hujah yang aku dapat bagi dan huraikan. Ni je rasanya yang terpenting bagi aku. Apa yang aku tulis semua ni atas pemerhatian dan pengalaman sendiri. If i could turned back time, i'll study hard and aim for the medal. Unluckily, its all in my past. Well, life must go on right? That's why i wrote this so that you wont do the same mistakes.

Serious talk dear sisters and brothers, please do well in your study. Tak kisahlah kau nak kerja atau sambung belajar lepasni, tolong buat betul2. Kepada yang jatuh tu, bangun semula! Jangan putus asa! Let's strive for excellence !

Thanks for reading!




Friday, October 24, 2014

LIRIK LAGU ANDAINYA HATIKU BERSUARA BY CHOMEL :)


Siapa Chomel sebenarnya? 
nama sebenar ialah Noor Zafirah Abdullah. beliau ni artis dari Singapura. terkenal melalui Youtube ! nowadays famous dah kot ! She's 22y/o by 2014. sebayalah kita. hiks :') first time dengar lagu Andainya Hatiku Bersuara ni melalui whatsapp. ada kawan2 hantar lagu so dengar je la. tajuk lagu pun taktau aptah lagi artis yang nyanyi. >.< sadis betul tapi memang mati2 ingatkan Siti Nordiana punya suara. sampai bukak youtube dengar lagu dia yang lain baru caye tu suara dia. haha. sorry Chomel ! :p
seriouslah kalau jiwa jiwang suka balada macam ni aku suggest lagu ni. hati tengah syahdu boleh menangis :') ahah. 
Oh Tuhan, berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanMu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia disisinya
Tidak ku mengerti ,tidak ku fahami

Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih    

Oh Tuhan, berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanMu
Aku percaya ada hikmahnya
Di setiap dugaan yang ku terima

Friday, May 23, 2014

TIDUR ITU SYORGAAA

kalau bab tidur ni aku antara kaki tidur yang tegar. 

kalau ada test esok hari pun aku tetap akan cari masa untuk tidur walaupun tak habis study lagi (sebab tu result teruk. kbai)

masa kat samura dulu aku terkenal la dgn kaki tidur kat dorm aku orang duk study utk exam aku p tidoq. (mengantuk gila bhai)

kalau kat rumah memang aku banyak habiskan masa untuk tidur. tak sedar diri betul padahal anak dara ni. lol

ibu suka sangat troll aku pasal masa. "along, bangun, dah tengahari ni."

*lemme look at time at phone*

aaaa, tipuuuuu. *sambung tidur*



kalau time 'cuti', aku boleh je nak tidur dari malam sampai ke petang hari. its heaven. tak peduli pasal makan. makan sekali je sehari. sebab tu kalau duk rumah berat turun. pelik kan.

okay kalau dah tidur mesti la ada waktu kita kena bangun jugak kan ?

"rasa nak je tidur lama2" "otak hang, nak mati dah ke?" -.-

taklah cuma suka tidoq ja. xD

biasanya aku mudah bangun. aku memang senang nak sedar daripada tidur. mesej masuk and fon vibrate je pun aku boleh tersedar. selalunya lah.

tapi ada sesetengah org cakap aku liat nak bangun. TAKDE MAKNANYA.

bagi aku ia antara kau nak bangun dari katil atau tak. itu je. 

aku ni kalau takde benda penting utk aku bangun tidur, aku takkan bangun dari katil.

my bed is my very strong magnet !!

kau bayangkan, bantal kau ada tiga, bilik kau sejuk, kau ada selimut, katil beralaskan toto, suasana damai dan kau berseorangan. tambah sikit, hujan renyai2. pehhhh. heaven wehh heaven !

tidur is so me :p





now, definisi aku untuk liat nak bangun tidur ni ialah org yang susah untuk dikejut. kalau dikejut tak bangun2. tak sedar diri. 

contoh kalau alarm bunyi sebelah telinga dia pun dia tak bangun2. padahal sebelah telinga. dekat sangat!

kalau ada pakwe, pakwe suruh call kejutkan bangun tidur. hmmm. okay la kawan.

call sampai berpuluh kali pun tak bangun2 rasa nak baling je fon beliau dalam longkang. 

hanya aweks2 yang bersabar je mampu bertahan. 

payah ampa nii.tidoq mati. bukan sekali. tapi setiap kali tidur susah nak sedar diri. susah ang ni. -_-''

paling tak suka kalau someone tu set alarm tapi bila berdering je alarm dia bukan dia yang bangun, kesudahnya aku yang pergi bangun tutup alarm orang tu =__________=''

padahal dalam bilik tu ramai orang tapi dalam ramai2 tu aku yang pergi bangun tutup alarm tu. kawan sebelah dia pun tak sedaq. aduhaiiiii.

that is sooooooooo freaking annoying !

aihhh. tak marah. cuma annoying je dengan bunyi alarm.

Why is the hell you wake me up for nothing?? O_o''
i just hate alarm but i still need it. 

kalau alarm aku bunyi, immediately aku tutup atau snooze. tu je. (unless if im so tired and tidur mati).

k tu je nak membebel pasal bangun tidur. kbai kbai.


Monday, April 14, 2014

Topik Jodoh ke kita?

warning: bukan untuk orang yang tengah bercouple !

lebih sesuai kepada yang single atau ada calon yang disukai :)

ehemm. bismillah. :)

dalam kesibukan kita berdoa pasal jodoh kita, mesti ada doa yang terlepas sebenarnya.

sibuk sangat doa "ya Allah, jika dia jodohku, dekatkanlah dia denganku, jika bukan, kau jauhkanlah dia dariku"

why dont we change the du'a?

"ya Allah ya Tuhanku, pertemukanlah jodohku dengan orang yang mencintaiku kerana dia mencintai-Mu, dan jadikanlah hatiku mencintainya kerana aku mencintai-Mu. Pertemukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai"

pertemukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai.

tahukah anda part tu penting sebenarnya?

kita mestilah nak jumpa dengan pasangan kita tu kat tempat yang baik2. kan? dalam keadaan yang baik.

nak ke kalau jodoh kita tu kita jumpa kat kelab malam ke apa ke? nak?

atau kalau yang bercinta tu, terpaksa kahwin sebab kena tangkap khalwat. (nauzubillah).

semestinya taknak kan? doalah banyak2 untuk kebaikan masing2 :)

lagi?

mintak lah pada Pencipta kita, supaya lembutkan hati bakal keluarga mertua kita.

mintaklah supaya keluarga yang sana tu dibukakan pintu hati supaya dapat terima kita :)

lain orang lain hatinya. tak gitu?

bukan semua orang dapat terima kita seadanya.

kot dapat mertua yang strict ke (mak dara). nauzubillah. hihi

moga-moga Allah makbulkan doa kita :D


Thursday, March 27, 2014

kenapa?

hehh.

tetibe tertanya.

nak buat apa sayang orang yang belum tentu sayang kita?

buat apa nak rindu orang yang tak rindu kat kita?

kenapa nak ambil berat pasal orang yang tak kisah pun pasal kita?

kenapa?

.....


Tuesday, March 25, 2014

Pray For Them

dua berita sedih.

dua berita gempar.

dua cerita yang sama. cerita tentang kematian.

Allah.

Apakah yang sedang Allah ingin tunjukkan kepada hambaNya dimuka bumi ini?

semalam (24/3/2014) PM Malaysia umumkan MH370 ended at Indian Ocean.

menonton PC dengan penuh debaran. setelah berbelas hari menanti, itukah jawapannya? i still can't believe this. tak mampu nak digest berita ni. 

selagi tak jumpa bangkai kapal terbang, selagi takde bukti, selagi tak terungkap misteri, aku susah nak percaya. 

apa2 pun, kepada keluarga yang terlibat, takziah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. :(

#PrayForMH370

semalam jugak berita tentang 529 pengikut dan pendukung Ikhwanul Muslimin bakal dihukum gantung.

Ya Allah.

kejam sungguh Al-sisi. kejam. sekejam firaun mungkin. atau lebih kejamkah daripada firaun?

apakah yang sebenarnya hendak ditunjukkan laknatullah itu kepada dunia? kuasa?

tidaklah beliau dan penganiaya umat Islam di dunia Timur Tengah tahu bahawa kekuasan mereka membawa mereka kepada kemurkaan Allah.

Surat dari Dr Muhammad Badie' dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau : 
"Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya.


Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut- pengikutnya"
Dr Muhammad Badie'
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

Tahniah buat OIC kerana masih berdiam diri. tidak mampu membantu umat Islam yang sedang dianiayai.

tahniah kepada diri sendiri kerana tidak mampu nak tolong saudara sesama Islam di Mesir sana.

berdoakah anda untuk saudara se-Islam kita? (sibuk doa jodoh dan jodoh dan jodoh)

T___________T

please, Malaysian, please ummah, #PrayForIM529

semoga Allah lindungi umat Islam di sana T_T

Sunday, March 23, 2014

Don't be the old version of me. please !

aku?

aku memang seorang yang pelik.

pelik macam mana? terserah lah pada orang yang memandang.

aku dulu sama dengan yang sekarang? atau aku yang dulu bukanlah yang sekarang?

aku cuma rasa aku lain SIKIT daripada aku yang dulu.

matang? baik buruk pun takleh pikir. matang kah? baik? solat malam pun tak bangun. baik kah?

entah. kalau pasal perhubungan memang aku lain. kalau nak bandingkan dulu dengan sekarang memang lain sangat.

taknak ada sikap yang dulu. (masih mencuba)

beza nya aku dulu ada yang tersayang, sekarang takde.

mungkin perubahan aku masih tak valid sebab tak dapat di apply kan kat mana2.lol.

aku sentap kalau kau cakap? "alaa, kau pun sama je dulu."

okay fine, itu aku yang dulu. tapi itulah KAU YANG SEKARANG. sedar tak ?

sedarkah apa yang kau perkatakan ituu? kau adalah aku yang dulu. buruk kot aku yang dulu. sedar tak?

aku cuma taknak kau ulang balik sejarah aku dulu. terbuang akibat sikap sendiri.

mengongkong, kuat cemburu, cepat merajuk.

tolonglah jangan jadi aku yang dulu, aku mohon. kau tak faham kenapa aku jadi macam tu.

you're not even in my shoes.

what will you feel when you already gave him the third chance but he still menggatal with another woman?

dia sebagai orang yang kau paling sayang mesti kau rasa apa yang aku rasa kan? ke tak? nak let go camtu je? tak. kau tak pernah rasa apa yang aku rasa. kau tak faham.

aku rasa insecure bila org yang aku sayang buat macam tu. all the reaction comes after the f***-ed up situation happened to me! dan kau??? kau tak rasa. aku ulang. KAU TAK PERNAH RASA APA YANG AKU RASA.

naa, aku tak rasa kekasih terchenta kau macam tu. so dont be the-past version of me. please.

dan aku yang sekarang? baik solo. daripada serabut putus kawan bagai sebab CEMBURU. (ya aku pernah buat). cukuplah.

apa yang aku boleh cakap sekarang, you lost my trust on you !

quotes: your bestfriends may be your worst enemy one day because they know all your secrets.

f***